Seperti namanya, aplikasi ini membolehkan anda segerakkan peranti Android anda untuk melihat fail, mendengar muzik, tonton video dan filem pada TV pintar anda.
Aplikasi ini tak menggunakan kabel untuk mencerminkan kandungan skrin, sekali gus memastikan lebih keselesaan semasa melihat foto atau bermain permainan kegemaran anda.
Sebelum bermula, pastikan TV dan telefon pintar disambungkan ke rangkaian WiFi yang sama, kemudian mula menghantar fail atau kandungan yang diingini.
Tersedia dalam 46 bahasa, termasuk bahasa Malaysia, Inggeris dan Korea.