Aplikasi MyBeb direka untuk pemilik Bed & Breakfast (BEB) dan rumah percutian supaya memudahkan mereka mengiklankannya kepada bakal tetamu. Pengguna boleh akses maklumat berkaitan seperti info rumah, memasukkan gambar, meletakkan syarat, berkongsi maklumat dengan tetamu dan sebagainya.
Membolehkan pemilik rumah memasukkan maklumat penting tentang rumah mereka kepada tetamu, menyediakan senarai kemudahan dan tempat tarikan berdekatan anda, membolehkan tetamu mencari dan melayari gambar rumah percutian yang mereka ingin tempah dan banyak lagi!
Pengguna perlu log masuk dengan e-mel untuk menerima kod akses sebelum dapat melihat butiran tentang rumah percutian atau inap desa yang bakal ditempah.
Hanya ketik dan leret skrin untuk menggunakan aplikasi.
Tersedia dalam bahasa Inggeris.
Disyorkan untuk pemilik rumah yang ingin menawarkan rumah percutian atau inap desa.