Aplikasi Muslim Muna ialah sebuah aplikasi mudah alih yang komprehensif dan lengkap dengan pelbagai panduan serta keperluan orang islam seperti pemberitahuan Azan, Zikir, Hadis dan Al-Quran. Semuanya boleh didapati dalam satu aplikasi yang mudah digunakan serta percuma.
Menyediakan waktu solat yang tepat dan pemberitahuan azan berdasarkan lokasi pengguna berserta 30 pilihan suara laungan azan untuk dipilih; Al-quran berserta terjemahan dalam bahasa Inggeris, bahasa Indonesia, Perancis, dan Urdu; peringatan harian dan hadis, arah kiblat, kalendar hijrah, sesi soal jawab bersama Imam secara langsung, antara cirinya.
Buka aplikasi dan berikan kebenaran yang diperlukan untuk mendapatkan arah kiblat dan waktu solat yang tepat. Setelah itu, anda boleh mula menavigasi aplikasi dan memilih dari menu yang tersedia seperti, Al-quran, hadis, zikir dan sebagainya. Anda juga boleh pilih laungan yang tersedia dalam 30 pilihan suara. Sertai sesi soal jawab secara langsung dalam talian bersama Imam untuk belajar tentang ilmu Islam dengan lebih mendalam.
Sentuhan mudah pada antara muka aplikasi seperti ketik dan seret.
Tersedia dalam bahasa Indonesia, Inggeris, Arab, Perancis dan Urdu.
Sangat sesuai untuk orang Islam.