Inginkan pelayaran internet yang selamat pada peranti Android anda? Jadi, muat turun aplikasi vpn percuma ini untuk menikmati semua ciri yang tersedia bagi menjamin pelayaran internet anda selamat dan terjamin dan mengelakkan daripada dijejaki oleh pihak ketiga.
Melalui aplikasi ini, anda dapat layari internet dengan keselamatan yang dipertingkatkan menggunakan pelayar VPN pintar yang terbina dalam, menggunakan mod inkognito ,membolehkan anda layari laman web yang disekat di negara anda serta menyekat iklan. Selain itu, anda dapat mengunci pelayar anda dangan kod laluan untuk lebih privasi.
Selepas pasang aplikasi pada Android anda, buka dan hanya gunakan pelayar terbina dalam untuk layari internet dengan selamat tanpa dijejaki oleh sesiapa. Anda juga boleh buat tetapan melalui menu tetapan seperti mod inkognito, nyahsekat laman dan beberapa ciri lain.
Ketik pada ciri yang tersedia dan seret untuk melayari halaman internet.
Tersedia dalam bahasa Inggeris.
Untuk mereka yang ingin lebih privasi semasa melayari internet dan ingin layari laman yang disekat di negara anda.