Alat berguna ini dapat membantu pelukis atau sesiapa saja yang ingin melakar potret dengan tepat dan sempurna menggunakan grid. Banyak ciri yang disediakan di dalam alat ini seperti, penapis dan kesan unik untuk meningkatkan hasil seni anda.
Menyediakan ciri grid lukisan, boleh tukar foto ke warna hitam putih sebagai rujukan anda, serta beberapa ciri lain untuk pemula yang ingin belajar melukis.
Ambil foto baharu atau dari galeri peranti anda. Untuk buat grid lukisan hanya gunakan ciri yang tersedia untuk tindih grid di atas imej. Sesuaikan grid dengan melaraskan baris dan lajur serta warna dan ketebalan garisan grid. Selain itu, anda juga boleh edit kecerahan, kontras dan warna serta boleh guna penapis imej seperti hitam dan putih.
Hanya menggunakan gerak isyarat iaitu ketik dan seret jari pada antara muka aplikasi.
Tersedia dalam bahasa Inggeris.
Untuk pelukis yang ingin tingkatkan kemahiran ilustrasi lakaran potret mereka.