Dalam Stack Dash, apa yang perlu dilakukan oleh pemain ialah dengan cepat luncurkan jari merentasi antara muka untuk kumpul sebanyak mungkin blok, mencapai platform setererusnya dan mencapai nombor tertinggi yang ditunjukkan dalam laluan terakhir untuk mara ke peringkat seterusnya.
Mekanik permainan sangat berulang. Pemain mesti ikut laluan dan pada masa sama kumpul blok untuk capai platform seterusnya (yang semakin tinggi). Pemain boleh kembali kumpul blok yang ditinggalkan, kerana penting utnuk guna semua blok terkumpul untuk maju sebanyak mungkin dan menyelesaikan laluan di "rumah" dengan jumlah tertinggi.
Senario sangat serupa, dengan laluan ditunjukkan oleh blok berwarna dan platform yang semakin tinggi. Grafik, dengan pemodelan komputer, berwarna-warni dan jelas.
Permainan ini mudah dikawal melalui gerak isyarat, hanya perlu luncurkan jari di sepanjang laluan untuk kumpul blok.
Antara muka tersedia dalam bahasa Inggeris.