Dengan Fidget Toys 3D, pengguna boleh mengucapkan selamat tinggal kepada tekanan! Simulator ini menghimpunkan pelbagai pilihan permainan mini diilhamkan oleh mainan santai yang boleh dimainkan dengan mudah melalui ketikan atau meluncurkan jari anda pada skrin.
Simulator ini menampilkan pelbagai jenis permainan anti-stres yang mudah dikendalikan dan mengeluarkan bunyi yang sangat menenangkan. Contohnya, mainan getah yang keluarkan buih bila ditekan atau "fidget spinner".
Rak maya yang penuh dengan mainan dan objek diperbuat daripada grafik 3D berwarna-warni yang terperinci. Selain itu, animasinya lancar dan menawarkan beberapa hobi santai.
Hanya sentuh atau luncurkan jari pada skrin untuk bermain.
Tersedia dalam 48 bahasa, termasuk bahasa Malaysia, Inggeris dan Indonesia.