Lemon8 ialah aplikasi sosial khusus untuk komuniti fesyen. Di sini, pengguna dapat berkongsi petua dan panduan untuk pelbagai fesyen termasuk penjagaan kulit muka, rambut, mekap, gaya hijab, tutorial dan banyak lagi.
Membolehkan pengguna kongsi video dengan panduan tentang fesyen dan kecantikan, boleh mengikuti pengguna yang diminati, temui info trend terkini dan banyak lagi.
Setelah pasang aplikasi pada peranti Android anda, hanya log masuk atau cipta akaun baharu. Kemudian, anda boleh mula meneroka pelbagai kandungan menarik semuanya tentang dunia fesyen dan kecantikan. Selain itu, anda juga boleh memuat naik kandungan anda sendiri dan berinteraksi dengan pengikut anda.
Sentuh antara muka untuk buat pilihan seperti buka profil dan seret jari anda pada skrin untuk menatal kandungan.
Antara muka tersedia dalam bahasa Malaysia dan Inggeris.
Ideal untuk mereka yang sukakan kecantikan dan ingin mengetahui trend fesyen terkini.