Tulis apa saja atau catat kehidupan seharian anda dalam diari digital ini. Diary - Jurnal & Buku Harian menyediakan pelbagai ciri menarik untuk anda gunakan seperti kalendar dan penjejak mood yang boleh diakses di mana saja pada Android anda.
Berfungsi sebagai diari sebenar, menyediakan ciri kalendar, membolehkan anda jejak mood, membenarkan anda tambahkan foto ke dalam catatan serta menyediakan ciri keselamatan (kata laluan).
Pasang aplikasi pada Android anda. Setelah itu, buka dan cipta kata laluan untuk melindungi akses kepadanya. Mula mencatat apa saja yang anda inginkan dengan menekan butang + yang tersedia pada antara muka. Anda juga boleh suaikan diari mengikut keinginan anda seperti warna dan fon. Selain itu, tambahkan foto untuk membuat diari anda lebih menarik.
Arahan sentuhan yang mudah dan intuitif.
Tersedia dalam bahasa Inggeris.
Sesuai untuk mereka yang suka menulis diari.