Ni no Kuni: Cross Worlds ialah permainan dunia terbuka di mana anda boleh jalani pengembaran menakjubkan dengan bermain sebagai salah satu watak yang ada di dalam permainan ini. Terdapat banyak misi menarik setiap hari seperti melawan bos, mengumpul peliharaan yang dipanggil 'familiar', menyertai clan dan banyak lagi. Selain itu, sepanjang permainan anda akan ditemani watak comel yang bernama Cluu!
Pilih watak yang anda ingin mainkan sebelum memulakan pengembaraan. Anda ada 5 pilihan watak iaitu Engineer, Destroyer, Swordsman, Witch, dan Rogue. Kemudian, selesaikan misi harian dan mingguan untuk dapatkan ganjaran yang berupa item yang boleh digunakan untuk naik taraf watak. Sertai clan untuk dapatkan lebih banyak ganjaran dan bermain bersama pemain lain.
Pemain boleh pilih daripada lima watak untuk dimainkan: Engineer, Destroyer, Swordsman, Witch dan Rogue.
Grafiknya dibuat dengan sangat baik dan persekitaran serta watak direka dengan terperinci dan berwarna warni.
Kesan bunyi dan runut bunyi yang menyenangkan serta menggambarkan suasana di alam fantasi.
Untuk bermain, anda hanya perlu seret jari untuk gerakkan watak dan ketik butang tersedia pada antara muka untuk menggunakan kebolehan atau berlawan dengan musuh.
Tersedia dalam berbilang bahasa, termasuk bahasa Inggeris, Korea dan Portugis.