Aplikasi Rebahin ialah platform penstriman yang menyajikan filem luar negara dalam pelbagai genre dengan sari kata bahasa Indonesia. Apa yang lebih menarik adalah aplikasi ini membolehkan pengguna pilih kandungan yang ingin ditonton mengikut tahun, negara, genre dan siri tv.
Menyediakan filem antarabangsa dari pelbagai negara seperti Korea, India, Taiwan dan beberapa negara lain, sari kata dalam bahasa Indonesia, siri tv seperti anime, boleh berikan ulasan dan penilaian, serta menampilkan sinopsis kandungan tersebut.
Melalui menu anda dapat pilih kandungan yang disusun ikut negara, tahun dan juga genre. Sebelum menonton, anda juga boleh lihat sinopsi cerita tersebut atau membaca ulasan yang diberikan oleh pengguna lain. Ketik saja pada menu untuk memilih.
Antara muka tersedia dalam bahasa Inggeris dan Indonesia. Manakala sinopsis sepenuhnya dalam bahasa Indonesia.
Untuk penggemar filem luar negara yang ingin menonton dengan sari kata bahasa Indonesia.