Larikan diri daripada Nextbots iaitu bot yang menakutkan dalam peta berbeza untuk bertahan hidup dan menyelesaikan misi! Permainan yang akan meningkatkan adrenalin pemain di mana pemain mesti larikan diri sambil cari item dan buka pintu dengan kombinasi yang betul. Permainan ini didatangkan dengan pemain tunggal dan jua berbilang pemain.
Permainan ini ada dua mod iaitu "Survival" dan "Search for sheets". Dalam mod Survival, anda boleh cipta sehingga 99 bot dan cuba larikan diri daripada mereka dalam pelbagai peta untuk bertahan hidup. Manakala dalam mod Search for sheets, anda perlu cari lima sheet, kemudian membuka pintu yang berkunci sambil dikerjar oleh bot. Selain itu, anda boleh cipta peta anda sendiri dan kongsikannya kepada rakan-rakan untuk bermain bersama mereka. Gunakan sembang suara atau teks untuk berkomunikasi dengan rakan-rakan anda.
Menyediakan pelbagai peta: Hospital, Facility, Factory, Subway, Forest, Backrooms, dan Construct serta boleh mencipta peta anda sendiri menggunakan editor peta (sandbox) yang boleh dikongsi bersama rakan-rakan termasuk dua mod iaitu "Survival" dan "Search for sheets".
Grafik permainan ini tak begitu terperinci, namun masih membangkitkan suasana menyeramkan dan mengujakan untuk para pemainnya.
Kawalannya sangat intuitif dan responsif menggunakan gerak isyarat mudah.
Tersedia dalam bahasa Inggeris.