Aplikasi iSarawakCare dibangunkan oleh kerajaan Sawarak untuk memudahkan rakyat Sarawak mendapat maklumat dan perkhidmatan yang disediakan. Antara perkhidmatan yang terdapat melalui aplikasi ini ialah maklumat bantuan kerajaan dari Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Dengan aplikasi ini, pihak kerajaan berharap dapat meningkatkan kecekapan dan kebolehcapaian perkhidmatan untuk rakyat Sarawak.
Menyediakan maklumat tentang kementerian berkaitan khusus untuk rakyat Sarawak serta perkhidmatan dalam talian seperti permohonan.
Anda perlu daftar terlebih dahulu menggunakan SarawakID anda. Kemudian, anda boleh mula menggunakan ciri dan kemudahan yang disediakan dalam aplikasi ini.
Sentuh antara muka dan ketik pada menu yang ingin dipilih.
Tersedia dalam bahasa Malaysia dan Inggeris.
Khas untuk penduduk di Sarawak.