KawaiiCraft merupakan salah satu alternatif yang baik untuk penggemar permainan kotak pasir seperti Roblox. Matlamat permainan ini sama saja seperti permainan kotak pasir yang lain di mana anda boleh cipta dunia anda sendiri dan bangunkan apa saja dengan blok piksel. Apa yang menarik dalam KawaiiCraft, permainan ini mengetengahkan elemen comel di dalamnya yang dapat menarik minat pemain muda.
Mekanik permainan sama seperti permainan lain dengan genre yang serupa, di mana anda boleh terokai dunia piksel dan mencipta bangunan atau apa saja menggunakan item yang telah anda dapatkan di inventori. Gunakan kreativiti dan imaginasi anda untuk hasilkan pelbagai objek dan bangunan dalam dunia anda sendiri. Lawati dunia rakan anda dan jemput mereka ke dunia anda juga!
Grafik permainan dibuat dalam gaya piksel yang comel, bewarna-warni dan memuaskan.
Bunyi latar yang ceria menambahkan lagi keseronokkan kepada pemain dan sesuai dengan tema comelnya.
Ketik pada item untuk mula membina atau mengubah suai ciptaan anda.
Tersedia dalam bahasa Inggeris.