Dengan PopUp-Chat, Suara, Pertemanan, anda tidak akan bosan lagi. Sedikit kelainan berbanding aplikasi sembang yang lain, aplikasi PopUp-Chat menggunakan teknologi AI yang mencadangkan rakan baharu berdasarkan minat yang sama. Jadi, anda takkan kehabisan topik untuk berbual!
Menggunakan teknologi AI untuk mencari padanan yang sesuai, ciri panggilan audio masa nyata yang berkualiti tinggi dan sembang berkumpulan untuk berinteraksi dengan berbilang pengguna dalam satu masa.
Setelah pasang aplikasi, log masuk atau cipta akaun baharu menggunakan e-mel. Kemudian, anda boleh mula lengkapkan bio dan cari rakan baharu untuk berbual. Selain menggunakan ciri sembang, anda juga boleh berinteraksi melalui sembang audio masa nyata atau sembang berkumpulan.
Dengan antara muka yang mesra pengguna dan intuitif, pengguna hanya perlu ketik atau seret skrin untuk menggunakan aplikasi ini.
Tersedia dalam beberapa bahasa, termasuk bahasa Inggeris dan Indonesia.
Untuk mereka yang suka mencari teman baharu dalam talian!