KT Online ialah aplikasi perbankan untuk ahli Koperasi Angkatan Tentera Malaysia. Dengan aplikasi ini, ahli dapat semak baki, buat pindahan wang serta bayaran bil dengan mudah terus daripada peranti Android.
Fungsi aplikasi ini sama seperti aplikasi perbankan yang lain di mana pengguna dapat semak baki, sejarah transaksi, buat pindahan wang serta bayaran bil dengan mudah di mana saja mereka berada.
Daftar akaun anda dengan memasukkan maklumat yang diminta. Kemudian log masuk dan anda dapat lihat maklumat akaun seperti baki dan pembayaran yang belum selesai pada halaman utama. Ketik menu burger (garis tiga mendatar) pada bahagian atas kiri antara muka untuk akses ciri lain seperti buat pindahan wang, bayar insurans dan bil.
Semua tindakan hanya memerlukan sentuhan mudah pada skrin.
Tersedia dalam bahasa Inggeris.
Untuk ahli Koperasi Angkatan Tentera Malaysia.