Tag After School sangat popular pada masa ini dengan matlamat di mana pemain perlu tentukan kehidupan Shota-Kun di sekolah dengan membuat pilhan dan keputusan yang tepat. Permainan ini diilhamkan daripada anime Jepun dengan senario di sekolah menengah yang agak menyeramkan.
Anda perlu membantu Shota-Kun keluar dari sekolah yang menyeramkan dengan berinteraksi dengan item dan NPC di sepanjang permainan. Buat keputusan yang tepat untuk menyelamatkan Shota-Kun dari situ.
Grafik permainan agak kurang menarik, persekitaran direka tak terlalu terperinci. Namun, pemain masih dapat menikmati permainan.
Semuanya menggunakan kawalan pada skrin peranti. Anda hanya perlu sentuh skrin anda.
Sesuai untuk pemain dewasa sahaja.