Dengan alat pintar dan ringkas ini, anda dapat mengetahui maklumat pemanggil walaupun nombornya tiada dalam senarai kenalan anda!
Mengenal pasti orang atau syarikat yang membuat panggilan walaupun tiada dalam senarai kenalan, sekat panggilan daripada nombor yang ditentukan pengguna, nombor peribadi, nombor antarabangsa atau mereka yang berada di luar senarai kenalan dan melindungi daripada SMS berbahaya.
Menawarkan alat carian di mana anda boleh mencari nombor yang tak diketahui. Jika nombor itu tiada dalam pangkalan data, aplikasi menunjukkan maklumat yang terdapat di internet atau menjemput pengguna untuk bekerjasama dengan memasukkan maklumat mengenainya.
Log masuk aplikasi dengan akaun Google atau Facebook anda. Jadi, setiap kali menerima panggilan, aplikasi akan maklumkan siapa yang menelefon. Untuk sekat nombor peribadi, akses tab "Bloked" dan aktifkan pilihan "block private number". Dalam tab yang sama, anda boleh sekat panggilan antarabangsa atau panggilan daripada orang yang tiada dalam senarai kenalan anda.
Tersedia dalam berbilang bahasa, termasuk bahasa Malaysia, Inggeris dan Portugis.