Sediakan makanan dan minuman secepat mungkin kepada pelanggan untuk dapatkan lebih banyak wang yang boleh digunakan untuk meningkatkan restoran anda. Dalam Diner Dash Deluxe, anda akan membantu Flo menguruskan restoran dan mengembangkannya menjadi empire.
Mekanik permainan sama dengan permainan pengurusan masa yang lain. Pemain perlu hidangkan makanan dan minuman secepat mungkin kerana pelanggan akan marah dan tinggalkan restoran jika menunggu terlalu lama. Gunakan syiling terkumpul untuk naik taraf restoran!
Grafik berwarna-warni namun visualnya kurang memuaskan dan agak ketinggan.
Kesan bunyi ketika memasak hidangan membuatkan anda rasa seperti berada di dapur restoran sebenar.
Hanya menggunakan sentuhan mudah seperti sentuh pada bahan untuk memasak dan sentuh makanan yang telah siap untuk hidangkannya.
Tersedia dalam bahasa Inggeris.