Sesetengah pengguna menganggap aplikasi SHAREit selamat untuk digunakan, manakala yang lain mengatakan terdapat risiko kebocoran data akan berlaku. Oleh itu, anda dinasihatkan supaya berhati-hati semasa menggunakan aplikasi tersebut dan menyelidik terlebih dahulu.
Aplikasi SHAREit percuma untuk dimuat turun dan digunakan. Walau bagaimanapun, ia turut menawarkan versi premium di mana pengguna boleh nikmati ciri lanjutan perkhidmatan yang disediakan.
Ya, aplikasi SHAREit mengandungi iklan. Ia adalah salah satu cara pembangun menjana keuntungan supaya dapat menyediakan perkhidmatannya secara percuma.
Anda mestilah mempunyai sekurang-kurangnya 61 MB ruang memori kosong dan Android 2.2 atau lebih tinggi.
Versi bebas iklan SHAREit bukanlah aplikasi rasminya. Versi ini membuang iklan yang ada di versi biasa. Jadi pengguna boleh menikmati SHAREit tanpa gangguan iklan yang menjengkelkan.