Meriahkan petang anda dengan mencabar rakan dalam perlumbaan motosikal yang menyeronokkan, yang memerlukan pengguna menumpukan perhatian untuk melakukan gerakan radikal di kawasan yang penuh dengan halangan.
Sebelum bermula, pilih senario, jenis motosikal dan mod permainan. Kemudian, hanya pecut untuk sentiasa berada di hadapan lawan anda dan pada bila-bila masa anda boleh lakukan gerakan untuk kumpul mata untuk buka motosikal yang lebih berkuasa.
Boleh bermain dalam mod tunggal dan berbilang pemain.
Walaupun tak begitu realistik, grafik 2D dibuat dengan baik dan menampilkan pelbagai senario dari pergunungan hingga ke trek perlumbaan dengan peminat.
Rancak dan agak mengasyikkan, permainan ini akan menggembirakan pengguna yang sukakan cabaran.
Untuk pecut dan kawal motosikal, pemain perlu tekan butang yang terletak di sisi skrin peranti mudah alih. Kawalan di sebelah kanan digunakan untuk pecut dan brek, manakala kawalan di sebelah kiri digunakan untuk lompat dan buat manuver lain.
Tersedia dalam bahasa Inggeris.