Cipta nombor telefon untuk menghantar dan menerima panggilan atau mesej teks secara percuma ke mana-mana telefon walaupun penerimanya tak memasang aplikasi.
Anda boleh buat, padam atau tukar nombor telefon pada bila-bila masa, serta menyambung ke Google atau Facebook dan menyegerakkan kenalan anda untuk membuat kumpulan sembang di mana anda boleh berkongsi foto atau video.
Anda mempunyai pilihan untuk membuat nombor telefon antarabangsa untuk membuat panggilan di mana-mana sahaja di dunia. Anda juga boleh membuat panggilan video dan menggunakan nombor yang berbeza untuk tujuan yang berbeza, seperti kerja atau rakan.
Anda perlu daftar untuk dapatkan nombor telefon. Kemudian, anda boleh buat panggilan atau hantar teks melalui aplikasi. Akaun TextMe Up dapat diakses di peranti lain seperti komputer atau tablet anda.
Antara muka dalam bahasa Inggeris.