Aplikasi MyHRMIS Mobile direka untuk memudahkan penjawat awam di Malaysia menguruskan aktiviti berkaitan sumber manusia dengan mudah hanya dari peranti Android sahaja. Jadi, pengguna dapat buat permohonan cuti, eGL (Electronic Government Link), semakan kendiri, perkhimatan penjagaan serta keluar pejabat dengan mudah dan cepat hanya melalui aplikasi.
Menyediakan ciri pengurusan cuti seperti semakan baki cuti dan permohonan cuti; akses mudah ke eGL (Electronic Government Link), semakan kendiri, perkhimatan penjagaan serta keluar pejabat.
Log masuk dengan kelayakan yang ada. Kemudian hanya akses ciri yang dikehendaki di halaman utama aplikasi. Anda boleh pilih pada menu Profil, eGL, Cuti, Self-Check, Keluar Pejabat dan Care yang tersedia pada antara muka.
Arahan sentuhan intuitif dengan antara muka ringkas serta mudah digunakan.
Tersedia dalam bahasa Malaysia dan Inggeris.
Untuk penjawat awam di Malaysia yang ingin mengurus sumber manusia mereka dengan lebih mudah semasa dalam perjalanan!