Wysa ialah aplikasi yang direka untuk membantu tingkatkan kesihatan mental serta kesejahteraan anda menjadi lebih baik. Chatbot terapi ini direka untuk anda lebih kurang tekanan dan urus emosi dengan lebih baik.
Menyediakan chatbot terapi ntuk anda berinteraksi dan mengurangkan kebimbangan atau stres anda, penjejak emosi, sokongan, audio kesedaran, teknik untuk kurangkan stres, mediatasi dan banyak lagi.
Muat turun dan pasang aplikasi Wysa, kemudian cipta akaun dan profil anda. Sembang dengan Wysa apa sahaja yang anda ingin ceritakan sama ada fikiran, perasaan atau perkara yang anda bimbangkan. Chatbot terapi akan membalas dengan memberikan cara mengatasi dan bimbingan. Selain itu, anda boleh terokai ciri lain yang tersedia seperti penjejak emosi dan mediatasi.
Kawalannya intuitif melalui gerak isyarat mudah seperti ketik untuk pilih dan seret jari pada antara muka untuk menavigasi halaman.
Tersedia dalam bahasa Inggeris.
Untuk sesiapa saja yang ingin tingkatkan kesihatan mental serta mengurangkan keresahan atau kebimbangan.