Gunakan kuasa boboiboy anda dan bersama Yaya, Ying, Gopal dan Fang menyelamatkan galaksi daripada kejahatan. Dalam permainan platform ini, anda akan bantu boboiboy bersama rakan-rakannya melalui pelbagai cabaran sehingga menyelesaikan larian dan melepasi tahap yang akan semakin sukar. Dapatkan skor tertinggi untuk berada di carta kedudukan teratas!
Mekanik permainan lebih kurang sama seperti permainan platform yang lain, di mana anda perlu kawal boboiboy atau rakan-rakannya berlari dan lompat melalui sepanjang platform sehingga sampai ke hujung dan menyelesaikan misi. Di setiap platform, watak akan menghadapi pelbagai halangan dan cabaran, kutip item untuk tingkatkan larian dan kuasa serta mengalahkan musuh. Capai skor tertinggi untuk bersaing dengan pemain lain dalam carta kedudukan.
Grafiknya memuaskan, terperinci dan berwarna-warni yang pasti akan menggembirakan peminat boboiboy.
Kawalannya sangat mudah menggunakan arahan sentuhan intuitif yang melibatkan ketikan dan slaid pada skrin untuk mengawal watak.
Tersedia dalam bahasa Inggeris.
Sesuai untuk semua peringkat umur yang meminati permainan genre ini dan juga peminat boboiboy.